Tuesday, June 15, 2010

kami di utusan malaysia


salam all vespa lovers!
semalam kami muncul di utusan malaysia bertarikh 15 jun 2010 tulisan Siti Airunnisa Alaui..
nak baca panjang lebar lagi baca kat sini okay!


terima kasih utusan malaysia..=)

Tuesday, January 12, 2010

Sprint Test Vespa

hello people...
bersempena sambutan ke 2 majlis bandaraya kuala terengganu yang disambut dengan gilang gemilang kerana mbkt berjaya mendapat 4star rating bagi majlis kerajaan tempatan untuk beberapa award, jadinya persatuan vespa negeri terengganu dengan kerjasama majlis bandaraya kuala terengganu telah menganjurkan Sprint Test Vespa yang julung julung kali diadakan di Malaysia. Dengan di sertai hampir 50 buah vespa, pertandingan yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu standard dan open ini cukup mendapat sambutan daripada golongan muda mudi mahupun veteran. Bertempat di perkarangan stadium sultan mizan zainal abidin, gong badak * ya stadium yang runtuh dan kontroversi itu * pada 9 januari 2010 menyaksikan persaingan sengit terutama bagi kategori open..
wa cakap sama lu vespa kategori open tak rupa macam vespa dah.. tak percaya tengok lah antara gambar gambar yang sempat di snap... cool gila...

Pertandingan yang berakhir pada sebelah petang itu menjanjikan habuan wang tunai yang lumayan beserta medal kepada para peserta disamping cabutan bertuah berupa tv 29 inci serta pembakar roti.. Hadiah disampaikan oleh Dato Bandar Kuala Terengganu, Dato Razali Mat Kassim,

Tahniah kepada Persatuan Vespa Negeri Terengganu dan juga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diatas kejayaan penganjuran Sprint Test Vespa yang pertama kali di adakan.
Semoga lebih sukses pada Karnival Vespa Asean July ini.




















"Hidup Muafakat"

Thursday, January 7, 2010

Awal Muharam - Bubur asyura

Bubur asyura atau lebih dikenali sebagai "suere" di terengganu amat terkenal apabila tibanya Awal Muharam.Hari asyura' adalah hari ke sepuluh bulan Muaharam. Justeru itu pada 2 januari 2010 lepas bersempena dengan sambutan Awal Muharam, PVNT dengan jayanya telah bermuafakat secara bergotong royong untuk membuat bubur asyura. Bermula seawal jam 8 pagi akhirnya 4 kawah telah siap dimasak dengan kerjasama ahli PVNT tidak kira golongan muda mahupun golongan veteran. Tidak ketinggalan kaum keluarga ahli PVNT termasuk isteri dan anak anak ahli PVNT sendiri yang turut terlibat dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini. Bermula daripada rempah ratus sehingga lah kepada pengagihan bubur asyura semuanya dilakukan sendiri oleh ahli PVNT. Bersesuaian dengan tagline PVNT iaitu "Hidup Muafakat" segalanya terbukti.





































Nabi Nuh berkata kepada umatnya:
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak."

Kemudian berkata lagi Nabi Nuh a.s:
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

kisah ini disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni)

"Barangsiapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan." (Riwayat Baihaqi).

"Hari ini adalah hari Asyura', dan Allah tidak mewajibkannya atas kalian. Siapa yang mau silahkan berpuasa, yang tidak juga boleh meninggalkannya." (Diriwayatkan oleh Mu'awiyah)


"Hidup Muafakat"

memperkenalkan

memperkenalkan pembukaan blog rasmi "persatuan vespa negeri terengganu" aka pvnt...blog ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh orang orang disebalik pvnt sendiri...segala info dan maklumat yang akan di publish kan adalah hak milik mutlak pvnt untuk dijadikan memori untuk semua dan untuk pengetahuan semua segala maklumat didalam blog ini adalah mengenai aktivit yang dianjurkan oleh pvnt atau disertai oleh pvnt sahaja..apa sahaja gambar mahupun maklumat mestilah dikreditkan kepada pvnt..sekiranya terdapat badan NGO mahupun pihak swasta yang berminat untuk menjemput persatuan vespa negeri terengganu boleh lah menghubungi pihak yang berkenaan seperti maklumat di sebelah kanan panel blog.segala maklumat dan komen dari anda diucapkan terima kasih.

"hidup muafakat"