Tuesday, January 12, 2010

Sprint Test Vespa

hello people...
bersempena sambutan ke 2 majlis bandaraya kuala terengganu yang disambut dengan gilang gemilang kerana mbkt berjaya mendapat 4star rating bagi majlis kerajaan tempatan untuk beberapa award, jadinya persatuan vespa negeri terengganu dengan kerjasama majlis bandaraya kuala terengganu telah menganjurkan Sprint Test Vespa yang julung julung kali diadakan di Malaysia. Dengan di sertai hampir 50 buah vespa, pertandingan yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu standard dan open ini cukup mendapat sambutan daripada golongan muda mudi mahupun veteran. Bertempat di perkarangan stadium sultan mizan zainal abidin, gong badak * ya stadium yang runtuh dan kontroversi itu * pada 9 januari 2010 menyaksikan persaingan sengit terutama bagi kategori open..
wa cakap sama lu vespa kategori open tak rupa macam vespa dah.. tak percaya tengok lah antara gambar gambar yang sempat di snap... cool gila...

Pertandingan yang berakhir pada sebelah petang itu menjanjikan habuan wang tunai yang lumayan beserta medal kepada para peserta disamping cabutan bertuah berupa tv 29 inci serta pembakar roti.. Hadiah disampaikan oleh Dato Bandar Kuala Terengganu, Dato Razali Mat Kassim,

Tahniah kepada Persatuan Vespa Negeri Terengganu dan juga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diatas kejayaan penganjuran Sprint Test Vespa yang pertama kali di adakan.
Semoga lebih sukses pada Karnival Vespa Asean July ini.




















"Hidup Muafakat"

1 comment:

  1. diharap dpat mganjurkan lagi sprint test vespa pada masa akan datang dgn lebih gemilang..

    -vespaKEMAMAN-
    http://kevek.webs.com

    ReplyDelete