Thursday, January 7, 2010

Awal Muharam - Bubur asyura

Bubur asyura atau lebih dikenali sebagai "suere" di terengganu amat terkenal apabila tibanya Awal Muharam.Hari asyura' adalah hari ke sepuluh bulan Muaharam. Justeru itu pada 2 januari 2010 lepas bersempena dengan sambutan Awal Muharam, PVNT dengan jayanya telah bermuafakat secara bergotong royong untuk membuat bubur asyura. Bermula seawal jam 8 pagi akhirnya 4 kawah telah siap dimasak dengan kerjasama ahli PVNT tidak kira golongan muda mahupun golongan veteran. Tidak ketinggalan kaum keluarga ahli PVNT termasuk isteri dan anak anak ahli PVNT sendiri yang turut terlibat dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini. Bermula daripada rempah ratus sehingga lah kepada pengagihan bubur asyura semuanya dilakukan sendiri oleh ahli PVNT. Bersesuaian dengan tagline PVNT iaitu "Hidup Muafakat" segalanya terbukti.





































Nabi Nuh berkata kepada umatnya:
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak."

Kemudian berkata lagi Nabi Nuh a.s:
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

kisah ini disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni)

"Barangsiapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan." (Riwayat Baihaqi).

"Hari ini adalah hari Asyura', dan Allah tidak mewajibkannya atas kalian. Siapa yang mau silahkan berpuasa, yang tidak juga boleh meninggalkannya." (Diriwayatkan oleh Mu'awiyah)


"Hidup Muafakat"

No comments:

Post a Comment